Friday, January 10, 2014

Keputusan Hati

Sudah lama terdetik di hati
Andai tiada yang ditakdirkan di dunia
Akan aku berusaha sehabis daya
Untuk bersama mu di sana

Kamu tidak pernah menyakitkan
Kamu tidak pernah melukakan
Kamu sentiasa ada

Meski aku tidak pasti
Apa hati kamu benar-benar untuk aku
Aku yakin
Hati aku sentiasa ada kamu

Mengenali mu
Dari zaman riang bermain hujan
Hingga saat kau dipanggil Tuhan
Aku tidak pernah berduka

Kau buat aku senyum
Tidak pernah marah
Tidak pernah menjauhi
Tidak pernah rimas dengan aku

Sudah lama terdetik di hati
Memilih kamu sebagai teman syurgawi
Jika ditakdirkan Illahi

Hingga saat itu
Akan ku perbaiki diri ini
Agar pasti di Jannah Illahi
Kau dan aku bertemu kembalo

No comments:

Post a Comment