Friday, April 4, 2014

Saudaraku (Fuad Latip)

Saudaraku,
Laluilah dengan tenang di tengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas dunia ini dan ingatlah bahawa segala ketenteraman lahir dari JIWA yang suci

Seberapa yang terdaya semaikan benih kemesraan pada setiap insan serta kekalkan semangat muhibah dan berbudi bahasa setiap masa

Lahirkan dengan perlahan dan tegas perkara-perkara yang hak

Dengarkanlah kata-kata keluhan setiap dari mereka walaupun membosankan atau jahil. Mereka juga mempunyai kisah hidup pahit manisnya

Jauhilah mereka yang kasar dan sombong kerana mereka ini adalah pengacau jiwa halus mu

Jika engkau selalu bandingkan diri mu dengan yang lebih tinggi, mungkin engkau akan rasa kecil dan kecewa. Tetapi ingat, di setiap lubuk dan pelusuk dunia ini ada yang kurang nasib baiknya daripadamu

Berbanggalah dengan segala titik peluh usaha dan rancangan masa depanmu

Berhati-hatilah dalam mengatur pekerjaan dan urusanmu kerana dunia ini penuh dengan segala tipu helah

Janganlah pula engkau selalu mempunyai sangkaan buruk pada setiap sesuatu

Ramai di antara mereka yang berjuang untuk hidup perlukan keberanian dan pengorbanan. Teruskan hidupmu yang sederhana dan dengan yang terdaya

Usah hidup berpura-pura
Ambil pengajaran dari masa silam mu
Tanamkan jiwa keislaman dan isikan ia dengan titisan cahaya ilmu yang suci

Hargailah dirimu
Kamu ditakdirkan berada di sini, maka sujudlah kepadaNya dengan hati yang tenang dan jiwa yang khusyuk

Berhati-hatilah merintis jalan hidup ini
Bertafakur lah
Dan berkomunikasi lah dengan Allah sepanjang masa

No comments:

Post a Comment