Wednesday, January 15, 2014
Forgiveness
Know that my pain is limitless
And forgiveness is hard to come by
I'm cutting ties
Again
Hoping this is the end
To a decade of misery
Leaving everything in God's hand
I no longer hate you
I am not longer angered
I seek only repentance and love
A sign that you regretted your cruelty
If ever you decide to be a man
Come and admit your transgression
I'll give you another chance
For I believe there's an uncovered goodness
In that heart of yours
In the mean time old friend
I pray that you'll pray
Soft my heart is
And forgive you I might
Monday, January 13, 2014
Jalan Mencari Tuhan
Mencari Tuhan
Terkapai melawan hawa dan nafs
Takbir
Rukuk
Sujud
Mengaduh pada yang hak
Mencari Tuhan
Memohon agar terpadam calitan hitam
Berharap di depan lurus dan luas
Tititan di lintasi tanpa perit
Mencari Tuhan
Dicabut kesedihan
Hilangkan kesakitan
Permudahkan kehidupan
Limpahkan kasih sayang
Doa insani buat mu Illahi
Wednesday, January 8, 2014
Cahaya Di Sana
Gelap
Hitam legam
Persis buta
Perjalanan hidup seorang hamba
Meraba
Bertatih
Jatuh
Bangun kembali
Melangkah tanpa haluan
Tiga dekad begini
Tubuh bercalar
Darah menitis
Hati tiada keruan
Cahaya
Dambaan jiwa
Hadirlah
Suluh jalan ini
Kerna aku mahu pulang
Tangisan Tiada Sudah
Hati
Di sini
Hari ini
Aku merayu lagi
Cukup!
Cukup setakat ini
Berapa kali mahu menangis?
Berapa kali mahu sakit?
Berapa kali mahu berdarah?
Hati
Usah di lupa parut lepas
Usah hanyut dalam perasaan
Usah di sia keringat berzaman
Hati
Di sini
Hari ini
Aku berseru
Ayuh bangkit
Usah bersedih
Hati
Kita pernah sama-sama gagah
Kita menongkah arus hidup
Kita bina semula kehancuran
Kita lalui semua cemuhan
Duhai hati
Aku dan kamu
Kita perlu cari kekuatan itu semula
Aku yakin kita mampu
Pimpin emosi ku wahai hati
Semoga tangisan yang belum sudah ini usai
Semoga kita bergelar srikandi keriangan
Tuesday, January 7, 2014
Hari Ini
Sukar benar hari ini
Setiap seketika perasaan itu menjengah
Sesak
Lemas
Sebak
Letih benar hari ini
Kudrat tinggal sejengkal
Harapan hanya senipis bebayang
Airmata bercucuran
Hari ini
Persis hari-hari sebelum
Arus emosi seperti taufan
Bergelodak tak reti diam
Hari ini
Hari ini
Hari ini