Tuesday, December 31, 2013

A Man I Know

There is a man
Spineless
Guiltless
Evil
Inconsiderate
There is a man
I regret knowing and trust
I used to hate
There is a man
I no longer hate
I accept as a past
Whose crime shaped me
There is a man
I want to be free from

Sunday, December 29, 2013

Aneh

Aneh aku dengan diri sendiri
Kerna aku tetap terus rela bergelut dengan lumpur itu
Meski semakin lama ini berlarutan
Semakin lemas aku dengan fikiran dan perasaan

Aneh aku dengan diri sendiri
Kerna aku terus menzalimi diri dan hati
Meski darah ku hampir kering
Mengalir tanpa kenal pertukaran waktu

Aneh aku dengan diri sendiri
Kerna aku masih begini
Meski aku tidak mahu begini
Dan menyedari ini mematikan aku

Monday, December 23, 2013

Lemahnya Aku

Lemahnya aku dalam membuat keputusan
Mudah lebur dengan gula di bibir mu
Hingga aku ditolak tarik semahu mu

Seharusnya aku tidak lagi begitu
Kerna kau sudah terlampau aku kenal
Kata mu tidak semestinya kebenaran

Kau gemar mengantung aku
Entah sampai bila
Kau tarik
Kau tolak
Tidak pernah kau lepaskan

Dan aku pula
Seorang dalam terowong gelap
Meraba mencari jalan pulang
Cahaya api ku sangka bulan dan matahari
Aduh!
Betapa lemahnya aku

Aku tidak mahu mencaci kamu
Aku jua punya salah

Bijak kamu
Hadir saat aku gagah
Kemudian pulang tinggal aku termengah
Lantas tinggal aku terkapai mencari kekuatan itu semua

Jika setiap kali aku jatuh dalam lubuk puaka mu hilang sedikit jiwa
Maka lihat lah betapa kerdil jisim roh ini
Nah!
Cukup bukti bukan?
Betapa lemahnya aku

Wednesday, December 18, 2013

Hati & Akal

Hati dan akal
Dua entiti yang tidak pernah sebulu
Lantas terkapai aku
Bersama rentan dan rawan

Akal
Selalu memarahi
Selalu mendangkal
Selalu mahu lurus

Hati
Tidak enteng pada norma
Pedulikan katanya
Kerana bagi hati
Intipati hidup adalah cinta

Aku
Dirobek lunyai oleh akal dan hati

Sunday, November 17, 2013

Hati

Hati ini berkerak
Berdaki
Hitam berkarat
Buruk rupa hati ini bukan dek perbuatan badan
Berkeledak ia kerana emosi
Emosi
Lubang hitam ibaratnya
Kosong
Gelap
Menyedut roh dan jiwa
Aku mengaduh
Pada diri sendiri
Rumit
Diri ini rumit

Uneasy

There is a knot in me
Tightening
Whenever silence rings
Whenever my thoughts lose their names

Am i guilty?
Of keeping solitude
Of barely holding our ties
Of choosing others over you

I need this space between us
It blankets the rage you carry
I need this silence between us
As I long to fill it with me

Monday, August 19, 2013

Sudah!

Sudah lah hati
aku letih menenangkan mu
memujuk mu
merayu mu

Aku pohon agar kau tidak lagi menangis
tidak lagi berharap
tidak lagi beremosi
atas sebab yang pasti

Aku faham
kamu juga seperti aku
rindu bukan?
rindu pada apa yang pernah kita lalu
rindu pada intipati hidup pada waktu itu

Betul!
aku juga begitu
pastinya bukan rindu pada dia
tapi rindu pada rasa itu

Sudah lah hati
telah masa untuk kau dan aku melangkah
kali ini tanpa menoleh ke belakang
tanpa melihat ke bawah
agar akar - akar rindu itu tidak lagi mengganggu pelarian kita
agar bisa kita meredah belantara kecewa
untuk ke taman di sana