Thursday, January 3, 2013

Rontaan Jiwa

Di saat sebegini
Hujan
Tanah bumi lemas menghirup tangisan langit
Di saat ini juga jiwa ini rawan
Jika bumi itu lemas,aku pula dahaga
Dahaga kepingin sesuatu yang tidak terucap
Akan sedar kah dunia pada tangisan jiwa?
Pada alunan sendu tiada bernada
Pada darah jernih mengalir di mata
Di saat begini
Tanah bumi rimas mendengar hiruk pikuk insani
Di saat ini juga aku gagahi jiwa merentas sunyi terindah

Tuesday, January 1, 2013

Tabah

Duhai hati
Meski letih dek ombak emosi
Tabah itu harus
Kerna hidup itu perlu terus
Lantas beramal lah hati dengan senyum dan doa
Kerana kebergantungan kepada Illahi itu adalah mendamaikan