Tuesday, April 12, 2022

Lelah

 Pagi adalah waktu yang sering mengelirukan aku

Waktu diri aku terbelah dua

Kanan ku adalah hamba tuhan yang bersyukur diberi peluang bernafas untuk aku menikmati sisa-sisa hidup dengan warna warni

Kiri ku pula adalah makhluk yang tak kenang budi - mengeluh mengapalah aku hidup lagi?

Aku sebenarnya lelah!

Lelah dengan kesunyian jiwa.

Aku dahaga kasih sayang sejak aku berhingus

Dahaga ini entah bila mahu terubat

Lelah aku ke sana ke sini mencari kasih tapi hampa

Dalam lelah ini aku jadi marah pada tuhan

Sampai bila aku perlu diuji begini?

Aku sampai rela mati!

Adakah aku perlu mati?

Aku sedar, kamu yang membaca ini harus mengeleng kepala

Namun, ini lah perasaan aku hari ini.

Aku lelah!

Aku mahu menjerit YA TUHAN! AKU LELAH!