Friday, December 25, 2020

Perempuan Penunggu Pantai

Aku lah perempuan itu
Seorang penunggu pantai
Yang petangnya di gigi air
Memujuk ombak membawa lara hatinya pergi
Aku lah perempuan itu
Yang tidak jemu menunggu pantai
Kerana di situ dia berteman
Curahan dukanya dilagukan alam
Aku lah perempuan itu, 
Yang hatinya diam di pantai
Tempat dia mengadu kepada raja langit dan bumi
Damai lah nurani, girang lah jiwa, nyaman lah jasad
Hilangkan segala keletihan dia
Aku lah perempuan itu
Sang penunggu pantai
Kerana pantai tidak pernah menghukumnya
Kerana pantai tidak pernah meninggalkannya
Kerana pantai itu utuh setia
Aku lah perempuan penunggu pantai
Dan akan aku tetap disini hingga terhembus nafas pengakhiran ku



No comments:

Post a Comment