Friday, June 26, 2026

Awan Kata-Kata

Semalam kau marah sekali

Seperti biasa, setiap kali darah mu naik ke kepala maka kata-kata mu menebal seperti awan saat hari mahu hujan

Berat, gelap, penuh halilintar


Aku biasa dengan awan kata-kata sebegitu

Ayah ku juga begitu

Setiap marahnya membawa ribut ke seisi rumah

Tapi meski biasa, hatiku masih menangis


Meski biasa

Kebal yang aku sangka,  hanya tingkah, bukan rasa

Tubuh aku mula sejuk, mata mula menangis

Awan katamu menjerut hatiku


Kau sebut benci dan jengkel 

Kau kata aku punahkan percaya, aku seperti maling

Aduh! Sampai hati!

Makin aku ingat, makin lebat hujan ini


Mengapa tidak mampu kau lembutkan katamu?

Bukankah sayang itu hadir bersamanya kelembutan?

Atau sayangmu jua seperti hujan tidak jadi?

Atau aku memang selayaknya dimarahi begitu?


Awan kata-kata mu penuh halilintar

dan aku sudah terbakar

No comments:

Post a Comment