Saturday, June 20, 2026

Nama Yang Ku Kirim Ke Mekah

Jika ada yang bertanya kepada mu
Apa benar aku mencintai kamu
Maka sewajibnya kamu jawab 
Iya! Benar sekali!

Jika ada yang menjuihkan bibirnya sambil berkata
Apa buktinya?
Maka harus kau pekik kepada mereka
Dia menghantar namaku ke Mekah

Ya!
Aku telah menghantar namamu ke Mekah
Aku kirimkan dalam lipatan doa 
Yang dilafazkan sahabat-sahabatku di Jabal Rahmah

Sebegitu aku mencintai kamu
Meski aku tahu bahawa kamu sendiri ragu akan cintamu pada aku

Hiba sekali hati ini
Bila makbulnya doa itu bukan seperti yang aku tuliskan Tuhan memberitahu alam agar mencurahkan banjir di hati kita
Agar cair pekat nafsu asmara

Jika sesekali kamu tertanya adakah benar aku mencintai kamu
Maka aku ingin sekali menyatakan sambil ku usap pipi mu
Ya! Aku benar mencintai kamu
Hingga ku bawa namamu dalam doa ku.

No comments:

Post a Comment