Wednesday, January 8, 2014

Cahaya Di Sana

Gelap
Hitam legam
Persis buta
Perjalanan hidup seorang hamba

Meraba
Bertatih
Jatuh
Bangun kembali
Melangkah tanpa haluan

Tiga dekad begini
Tubuh bercalar
Darah menitis
Hati tiada keruan

Cahaya
Dambaan jiwa
Hadirlah
Suluh jalan ini
Kerna aku mahu pulang

Tangisan Tiada Sudah

Hati
Di sini
Hari ini
Aku merayu lagi
Cukup!
Cukup setakat ini
Berapa kali mahu menangis?
Berapa kali mahu sakit?
Berapa kali mahu berdarah?

Hati
Usah di lupa parut lepas
Usah hanyut dalam perasaan
Usah di sia keringat berzaman

Hati
Di sini
Hari ini
Aku berseru
Ayuh bangkit
Usah bersedih

Hati
Kita pernah sama-sama gagah
Kita menongkah arus hidup
Kita bina semula kehancuran
Kita lalui semua cemuhan

Duhai hati
Aku dan kamu
Kita perlu cari kekuatan itu semula
Aku yakin kita mampu
Pimpin emosi ku wahai hati
Semoga tangisan yang belum sudah ini usai
Semoga kita bergelar srikandi keriangan

Tuesday, January 7, 2014

Hari Ini

Sukar benar hari ini
Setiap seketika perasaan itu menjengah
Sesak
Lemas
Sebak

Letih benar hari ini
Kudrat tinggal sejengkal
Harapan hanya senipis bebayang
Airmata bercucuran

Hari ini
Persis hari-hari sebelum
Arus emosi seperti taufan
Bergelodak tak reti diam

Hari ini
Hari ini
Hari ini

Tuesday, December 31, 2013

A Man I Know

There is a man
Spineless
Guiltless
Evil
Inconsiderate
There is a man
I regret knowing and trust
I used to hate
There is a man
I no longer hate
I accept as a past
Whose crime shaped me
There is a man
I want to be free from

Sunday, December 29, 2013

Aneh

Aneh aku dengan diri sendiri
Kerna aku tetap terus rela bergelut dengan lumpur itu
Meski semakin lama ini berlarutan
Semakin lemas aku dengan fikiran dan perasaan

Aneh aku dengan diri sendiri
Kerna aku terus menzalimi diri dan hati
Meski darah ku hampir kering
Mengalir tanpa kenal pertukaran waktu

Aneh aku dengan diri sendiri
Kerna aku masih begini
Meski aku tidak mahu begini
Dan menyedari ini mematikan aku

Monday, December 23, 2013

Lemahnya Aku

Lemahnya aku dalam membuat keputusan
Mudah lebur dengan gula di bibir mu
Hingga aku ditolak tarik semahu mu

Seharusnya aku tidak lagi begitu
Kerna kau sudah terlampau aku kenal
Kata mu tidak semestinya kebenaran

Kau gemar mengantung aku
Entah sampai bila
Kau tarik
Kau tolak
Tidak pernah kau lepaskan

Dan aku pula
Seorang dalam terowong gelap
Meraba mencari jalan pulang
Cahaya api ku sangka bulan dan matahari
Aduh!
Betapa lemahnya aku

Aku tidak mahu mencaci kamu
Aku jua punya salah

Bijak kamu
Hadir saat aku gagah
Kemudian pulang tinggal aku termengah
Lantas tinggal aku terkapai mencari kekuatan itu semua

Jika setiap kali aku jatuh dalam lubuk puaka mu hilang sedikit jiwa
Maka lihat lah betapa kerdil jisim roh ini
Nah!
Cukup bukti bukan?
Betapa lemahnya aku

Wednesday, December 18, 2013

Hati & Akal

Hati dan akal
Dua entiti yang tidak pernah sebulu
Lantas terkapai aku
Bersama rentan dan rawan

Akal
Selalu memarahi
Selalu mendangkal
Selalu mahu lurus

Hati
Tidak enteng pada norma
Pedulikan katanya
Kerana bagi hati
Intipati hidup adalah cinta

Aku
Dirobek lunyai oleh akal dan hati