Friday, October 30, 2020

Bulan Itu

Di pantai ini,
Kala langit seperti tertumpah nila,
Aku mendongak ke pintu syurga,
Mengagumi sinar bulan itu,
Biasan cahayanya ibarat cintaku,
Indah, bersinar, terpantul dek lautan,
Bulat bulan itu,
Sama bulatnya dengan kata hatiku,
Yang tekad mahu mencintai kamu,
Meski perbedaan kita seluas laut cina selatan ini,
Di pantai ini,
Kala aku seakan pungguk,
Bersiul lagu asmara,
Mata bergenang lautan rindu,
Bulan itu aku tatap,
Hati menjerit pada alam,
Alangkah indah jika kita memandang bulan yang sama,
Bermain pasir dan bergurau dengan ombak yang sama,
Berdua berpegangan tangan disini,
Di pantai ini,
Menari kepada lagu cinta kita,
Bulan itu,
Adalah cinta ku,
Adalah kangen ku,
Adalah rawan ku,
Kerana meski menawan, 
Terlampau tinggi untuk digenggam


No comments:

Post a Comment